Duration : 267 sec. | Views : 1196 | Likes : 1 | Comment : 0
Music by Shahrin MA?. Dunia vokal sudah sebati dengannya. Selain menjadi guru vokal, beliau juga mencipta serta menggubah lagu puisi dan komersial. Lagu puisi yang mengangkat namanya termasuk Kekasih nyanyian Kumpulan Kopratasa dan Berkolek Bersajak karya JM Aziz. Lagu puisi awal yang dicipta Ibrahim ialah Senyum, berdasarkan puisi kawan rapatnya, Atondra, pada 1968. Selain itu, beliau juga menggubah lagu Bicara Dengan Teman Lama berdasarkan puisi karya tokoh wartawan, Tan Sri Samad Ismail. Pernah meraih gelaran johan Bintang Radio 1968, Ibrahim sebelum itu mengikuti kelas vokal School of Vocal di bawah bimbingan seniman termasyhur Zubir Said di Singapura selama tiga tahun bermula pada tahun 1962. Ibrahim juga tidak akan terjun ke dalam penciptaan lagu secara serius andai kata dia tidak melalui pengalaman yang memalukan ketika menerima undangan menyanyi bersama kumpulan orkestra di Singapura pada sekitar hujung tahun 60-an. ``Bayangkan ketika menyanyi bersama orkestra di Singapura, saya tidak mampu untuk mengikut rentak kerana tiada pendedahan sedangkan sebelum itu saya sudah menang Bintang Radio. ``Bermula dari situ, saya tanamkan azam untuk mendalami pengajian muzik dan vokal,'' ceritanya. Ibrahim pernah menduduki peperiksaan teori muzik yang dianjurkan di Malaysia oleh London School of Music. Sebagai bapa kepada tiga orang anak, Ibrahim sudah pasti amat berbangga kerana bakat seninya kini diwarisi oleh dua daripada tiga orang anaknya iaitu Mohd. Shukor dan Rozita yang merupakan graduan dalam bidang muzik dari universiti tempatan. Anak sulungnya, Nora pula tidak menunjukkan minat ke arah itu. ``Apabila ada anak-anak saya berminat dalam bidang muzik, saya tidak boleh menghalang kerana mereka mewarisi minat yang ada dalam diri saya,'' katanya bangga. Biarpun sedang meniti usia emas, namun seperkara yang perlu kita ketahui mengenai Ibrahim ialah jiwanya sentiasa muda dan segar. Jiwa muda itu juga, kata Ibrahim, memberi kelebihan kepadanya untuk menghasilkan gubahan yang boleh didengari oleh semua lapisan pendengar. ``Saya sentiasa menganggap saya muda,'' katanya sambil berseloroh. Menurut Ibrahim, dalam berkarya, apa yang perlu diberi penekanan ialah keaslian sesebuah melodi dan paling utama nilai-nilai Melayu harus diberi keutamaan. Allahyarham Datuk Ibrahim Bachik merupakan bekas kakitangan RTM. Beliau memulakan kerjayanya di Radio Malaysia, Bahagian Melayu di Rumah Persekutuan dan kemudiannya menjadi juruhebah RTM di Angkasapuri. Beliau juga turut terlibat dalam penciptaan lagu. Lagu-lagu ciptaannya pernah didendangkan oleh Tan Sri SM Salim (?Tak Seindah Wajah?), Allahyarham Biduan Dato? Ahmad Jais (?Doa Ikhlas Mereda Tangisan? ), dan Allahyarhamah Biduanita Dato? Rafeah Buang (?Kenangan di Rantau Abang?). MESKIPUN sudah bersara lebih 17 tahun sebagai penerbit muzik bersama Orkestra RTM, namun komposer veteran, Datuk Ibrahim Bachik, 73, pernah berkata, tidak bermakna seseorang itu tidak dapat menyumbang sesuatu dalam bidang yang diminatinya. Justeru, minatnya diteruskan dalam tempoh terbabit sebagai guru vokal di sebuah sekolah muzik di ibu negara, serta menganjurkan kelas nyanyian hingga akhir hayatnya. Pada 9 Mac 2012, komposer, pemuzik dan pelakon itu pulang ke rahmatullah, dan pemergiannya dianggap kehilangan besar buat industri muzik Malaysia. Pernah menerima anugerah Muzik Tema Berkesan, Festival Filem Malaysia ke-4 menerusi filem Bila Hati Telah Retak. Arwah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat penyakit asma, radang paru-paru dan tekanan darah rendah. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.16 pagi di sisi isteri dan anak-anaknya. Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Jasin, Melaka, selepas solat Zuhur, 9 Mac 2012. Beliau meninggalkan tiga anak, Nora, Rozita dan Muhammad Syukor. Suntingan artikal dari Bharian/Utusan
CLICK ON THE IMAGE TO PLAY !
| Bila artikel ini sedikit bermanfaat untuk Anda, mohon klik salah satu iklan di blog ini ! |


Post a Comment